BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia bersempena dengan Russia Day.